Monday, October 31, 2011

ini hanyalah luahan hatiku..u all x pyh baca ye..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan izin Allah,aku masih d beri kesempatan bernafas sehingga ke saat ini. terima kasih ya Rabb.. sudah lama aku mahu bercerita kisah tentang seseorang..yg pada aku,cerita hidupnya sangat menyedihkan..apa yg aku akan tulis ini adalah cerita suatu waktu dulu, namun ia masih lagi begitu sehingga ayat2 dalam kisah ini aku taip.. ya, seseorang itu adalah abang kandungku..

Baru2 ini, sorg anak murid aku, nampak gayanya sakit lama dia datang balik.. asalnya dia ni budak bijak.. tp sbb selalu sakit, agaknya dia xboleh nk concentrate pd study, n tahun ni dia terpaksa dikeluarkan dari kelas budak2 bijak ni.. well, aku bukan nk cerita ttg tu.. hari tu, hari xm..dia x masuk ambik xm pun.. duk terbaring d bilik guru..tunggu mak dia dtg ambik.. aku tanya, dah p jumpa ustaz blom.. dia mcm sedar x sedar..huhu.. kesian aku tengok..ikutkan ati aku, masa tu juga aku nk bawa dia p jumpa mana2 ustz..tp aku x berdaya...

aku cuba tanya kwn2 yg lain, tp respon yg aku terima, diorg kata dia mmg dh lama sakit cmtu..nk buat camana.. saat tu aku mmg sangat tersentuh.. kenapa aku tersentuh? dia bukan ada kaitan dgn aku pun..huhu..

ya betul..tapi budak ni mengingatkan aku tentang seseorang.. abang kandungku d kampung sana.. dia sudah lama menderita penyakit aneh mcm budak yg aku ceritakan tadi.. malah abang aku ni lebih teruk.. pernah masa aku sekolah rendah lagi, masa tu ayah pegi kenduri d rumah jiran sekampung.. waktu malam..masa tu henset ni takde lg.. telefon rumah lagi la takde.. ayah keluar lepas maghrib.. tak lama lepas tu, datang la penyakit pelik abang aku nih.. aku tak boleh nak gambarkan camne keadaan dia.. tapi keadaan berlarutan rasanya lebih 2jam.. lenguh tanganku memukul gong, dengan harapan akan ada orang kampung yg dengar dan datang memberi bantuan.. emak, adik2ku, sudah letih memegang badan abangku, sudah d sepak terajang oleh dia.. gentingnya saat tu, aku xboleh lupa sampai sekarang...

2 tahun lepas, ada peluang kami balik menjenguk mak ayah dan adik beradik yg lain.. aku cukup tersentuh, sampai rasa nak menangis bila abang aku datang kat aku dan cakap, syokla kamu dah kawin, dah anak2.. aku juga la yg xde apa2... huhu.. kesian..kesian pd dia sbb dia x berpeluang mengecap hidup spt adik beradik yang lain.. bayangkanlah betapa lamanya dia menderita sakit tu.. sejak darjah 6 lagi.. umur 12 tahun.. dan sekarang dia dah 31 tahun.. kalau nk d ceritakan jalan hidup dia, memang sangat sedih... pernah satu pagi, dalam pukul 10, aku tengok dia turun ke tanah, pegi kat pokok2 ubi.. rupanya dia nak ambik pucuk2 ubi, untuk d buat lauk... aku tak boleh bayangkan camana rasa aku masa tu.. betul2 tersentuh.. aku betul2 rasa nak nangis.. sayu tengok kehidupan dia mcm tu.. huhu..

banyak lagi cerita tentang dia yg aku nak tulis.. tp cukuplah dulu untuk kali ini..

Cuma satu yg ada dlm kepala aku sekarang.. camana aku nk tolong dia..dia dapat berubat, sembuh, dan menjalani kehidupan normal spt orang lain, aku rasa itu sudah cukup baik.. tapi bagaimana caranya..huhu.. sebelum ni dah beratus, bahkan beribu ringgit, ayah dan mak habiskan utk mengubat abang.. moden, tradisional, semua cara dah cuba, semua x jalan.. aku memang rasa hairan.. tp aku sendiri tiada jawapan pd keanehan nih..

Lagi satu aku x boleh bayangkan camana kuatnya jiwa seorang mak, seorang ayah, punya anak seperti itu.. bertahun2 menjaga abang yg sakit.. sungguh, aku kagum pada dua insan tabah ini.. aku berdoa mudah2an abang akan sihat juga satu hari nanti.. mudah2an dia berpeluang menjalani kehidupan seperti orang lain.. huhu..

Allahummaghfirlana dzunubana wa liwalidaina warhamhuma kama rabbauna soghira.. ameen ya rabb..

2 comments:

  1. huhuhuu...sedihnya...mw ngs eng baca...eng rasa abg kna bwa jmpa tok guru bha myg...sifu jin jmpa tok guru..huhu

    ReplyDelete
  2. ng nda nampak lg jalan dia cmna.. ko ada idea?

    ReplyDelete