Tuesday, November 15, 2011

mengapakah..

rindu momen ini
Bismillahirrahmanirrahim..

dh lama rasanya x menulis d sini..emm..mlm td trima sms mak..panjang sms tu..aku dapat rasakan cmana keadaan dia skrg..kasihan mak..berat sungguh ujian yg dia terima.. ya Allah aku bermohon padaMu, berilah kekuatan pd insan itu..Engkau yg mengirim ujian, Engkau juga sumber kekuatan..maka bantulah dia ya Allah..kasihanilah dia..aku hanya mampu mendoakan..sesungguhnya aku cukup sedih melihat keadaan dia.. diuji seberat itu dlm usia2 sebegini..tapi aku percaya, Kau datangkan ujian bukan percuma..pasti ada ganjaran pahala untuknya..moga masih ada ruang untuk dia mengecap bahagia..kasihanilah hamba2Mu ya Allah..hanya padaMu kami memohon pertolongan..amiin ya rabbal 'alamin..

huhuhu

Tuesday, November 1, 2011


my lil hero..muhammad hilman fitri..test drive motor saing ayoh..hehe

Monday, October 31, 2011


Allahuakbar.. tengok pun seram rasa..kemalangan yg berlaku d jalan kepayan, kota kinabalu, pukul 5.40 petang tadi.. Masya Allah! Lori tangki minyak langgar keretapi.. huhu.. Malang tidak berbau..

ini hanyalah luahan hatiku..u all x pyh baca ye..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan izin Allah,aku masih d beri kesempatan bernafas sehingga ke saat ini. terima kasih ya Rabb.. sudah lama aku mahu bercerita kisah tentang seseorang..yg pada aku,cerita hidupnya sangat menyedihkan..apa yg aku akan tulis ini adalah cerita suatu waktu dulu, namun ia masih lagi begitu sehingga ayat2 dalam kisah ini aku taip.. ya, seseorang itu adalah abang kandungku..

Baru2 ini, sorg anak murid aku, nampak gayanya sakit lama dia datang balik.. asalnya dia ni budak bijak.. tp sbb selalu sakit, agaknya dia xboleh nk concentrate pd study, n tahun ni dia terpaksa dikeluarkan dari kelas budak2 bijak ni.. well, aku bukan nk cerita ttg tu.. hari tu, hari xm..dia x masuk ambik xm pun.. duk terbaring d bilik guru..tunggu mak dia dtg ambik.. aku tanya, dah p jumpa ustaz blom.. dia mcm sedar x sedar..huhu.. kesian aku tengok..ikutkan ati aku, masa tu juga aku nk bawa dia p jumpa mana2 ustz..tp aku x berdaya...

aku cuba tanya kwn2 yg lain, tp respon yg aku terima, diorg kata dia mmg dh lama sakit cmtu..nk buat camana.. saat tu aku mmg sangat tersentuh.. kenapa aku tersentuh? dia bukan ada kaitan dgn aku pun..huhu..

ya betul..tapi budak ni mengingatkan aku tentang seseorang.. abang kandungku d kampung sana.. dia sudah lama menderita penyakit aneh mcm budak yg aku ceritakan tadi.. malah abang aku ni lebih teruk.. pernah masa aku sekolah rendah lagi, masa tu ayah pegi kenduri d rumah jiran sekampung.. waktu malam..masa tu henset ni takde lg.. telefon rumah lagi la takde.. ayah keluar lepas maghrib.. tak lama lepas tu, datang la penyakit pelik abang aku nih.. aku tak boleh nak gambarkan camne keadaan dia.. tapi keadaan berlarutan rasanya lebih 2jam.. lenguh tanganku memukul gong, dengan harapan akan ada orang kampung yg dengar dan datang memberi bantuan.. emak, adik2ku, sudah letih memegang badan abangku, sudah d sepak terajang oleh dia.. gentingnya saat tu, aku xboleh lupa sampai sekarang...

2 tahun lepas, ada peluang kami balik menjenguk mak ayah dan adik beradik yg lain.. aku cukup tersentuh, sampai rasa nak menangis bila abang aku datang kat aku dan cakap, syokla kamu dah kawin, dah anak2.. aku juga la yg xde apa2... huhu.. kesian..kesian pd dia sbb dia x berpeluang mengecap hidup spt adik beradik yang lain.. bayangkanlah betapa lamanya dia menderita sakit tu.. sejak darjah 6 lagi.. umur 12 tahun.. dan sekarang dia dah 31 tahun.. kalau nk d ceritakan jalan hidup dia, memang sangat sedih... pernah satu pagi, dalam pukul 10, aku tengok dia turun ke tanah, pegi kat pokok2 ubi.. rupanya dia nak ambik pucuk2 ubi, untuk d buat lauk... aku tak boleh bayangkan camana rasa aku masa tu.. betul2 tersentuh.. aku betul2 rasa nak nangis.. sayu tengok kehidupan dia mcm tu.. huhu..

banyak lagi cerita tentang dia yg aku nak tulis.. tp cukuplah dulu untuk kali ini..

Cuma satu yg ada dlm kepala aku sekarang.. camana aku nk tolong dia..dia dapat berubat, sembuh, dan menjalani kehidupan normal spt orang lain, aku rasa itu sudah cukup baik.. tapi bagaimana caranya..huhu.. sebelum ni dah beratus, bahkan beribu ringgit, ayah dan mak habiskan utk mengubat abang.. moden, tradisional, semua cara dah cuba, semua x jalan.. aku memang rasa hairan.. tp aku sendiri tiada jawapan pd keanehan nih..

Lagi satu aku x boleh bayangkan camana kuatnya jiwa seorang mak, seorang ayah, punya anak seperti itu.. bertahun2 menjaga abang yg sakit.. sungguh, aku kagum pada dua insan tabah ini.. aku berdoa mudah2an abang akan sihat juga satu hari nanti.. mudah2an dia berpeluang menjalani kehidupan seperti orang lain.. huhu..

Allahummaghfirlana dzunubana wa liwalidaina warhamhuma kama rabbauna soghira.. ameen ya rabb..

.............

i just found this pic from https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original#!/photo.php?fbid=10150316448716576&set=a.404564786575.190914.226669856575&type=1

just for relaxing our minds.. tengok la ye.. have ur own interpretation.. 
(cam salah eja je nih.. hehe)

Apa nak buat..

Assalamualaikum semua..

emm..hari ni rasa mcm boring je duk kt sekolah..rasa cam xtau nk buat ape.. 

kertas pekse budak, dah settle.. markah pun dah selamat key-in dalam SAPS..

emm..esok nk ke sekolah lain..utk urusan pendaftaran form 1 utk 2012..
mungkin pegi dgn Kak Pah.. Puan penyelia petang yg sgt spoting.. :-)

mudah2an d permudahkan urusan esok amiin insya Allah..

sekarang hujan lebat.. hujan rahmat.. mudah2an..

antara waktu yg mustajab berdoa adalah sewaktu hujan lebat.. jadi, jom kita sama2 berdoa..

mudah2an Allah makbulkan permintaan kita.. :)


Amiin amiin amiin ya Allah....
jumpe lg.. jangan lupa doakan ibubapa kita ya........... :)

Sunday, October 30, 2011

Pelik tp benar,,jangan tak percaya..

dah lama sebenarnya cikguct nk bercerita ttg nih, cuma bahan bukti takde lg dlm tangan.. korang cuba tengok gambar kt bawah ni.. dan cuba teka kenapa cikguct kata pelik tp benar.. hehehee.. ada2 je.. jom.. layanzz...
so apa yg pelik? huhu.. sebenarnya cikguct dah lama `keep on eye` kat kedai nih..kedai yg terletak dkt dgn night market @ pasar malam tg. malim.. yg membimbangkan cikguct adalah, para pembeli2 d kedai ni terdiri dr kalangan org Islam...


cikguct kata camtuh sbb depa ni pakai tudung.. dah banyak kali dah ternampak situasi camnih.. padahal terang2 yg menjual tu adalah bukan Islam.. jual plak bahan makanan.. aduhai.. kenapa ya jadi camtu.. bukan ke banyak lg kedai orang Islam yg lain.. kenapa beli pd orang bukan Islam.. sedih rasanya.. huhu..

Sama2lah kita muhasabah diri.. pastikan kita tanya anak2 kita, di mana, jenis apa makanan / minuman yang mereka beli.. jagalah pemakanan kita.. Al-halaalu bayyin, walharaamu bayyin.. yang halal itu jelas, dan yang haram itu juga jelas.. wallahua'lam..

Saturday, October 29, 2011

tolong tolong..

Assalamualaikum semua..

kali ni cikguct nk berceloteh ttg tolong~tolong nih..bukan tolong ape pun.. cikguct nk highlight kan betapa besarnya makna perkataan 'tolong' tu..  sesetengah dr kita gemar meminta tolong tanpa menggunakan gaya bahasa yg cantik..contohnya, "tutup suis kipas tu".."ambikkan air"..dsb.. dalam masa yg sama sebenarnya org yg mendengar pertuturan kita sebenarnya akan lebih lapang dada sekiranya kita tambahkan perkataan `tolong` kat depan tu.. susah ke? hehe.. tepuk dada tanya diri sendiri.. bahasa mencerminkan peribadi kita.. aceceh...lepas ni terus guna perkataan tolong tu ye.. jangan tangguh2.. :-)


satu lagi bab tolong ni, cikguct nk keluar skit dari trek cikguct ni.. emmm..nk minta tolong la, pd sape2 yg berkenaan..tolong la jangan campuradukkan soal akademik dengan politik.. banyak keburukan yg akan menyusul.. para ahli akademik ni la sebenarnya elemen terpenting dalam melahirkan barisan pemimpin negara yang berkualiti.. hehe.. cikguct bukan nk bercakap pasal politik tau.. cikguct minat juga mengikuti perkembangan politik negara..dan cikguct sokong politik yang bersih..:) yang selari dengan kehendak fitrah cikguct.. u all bagaimana?

ok lah,. cikguct ni banyak cakap plak ye.. ok u alls, lps nih jangan lupa gunakan perkataan tolong tu ye.. ms bercakap dgn mak, ayah, kawan2, guru2, orang2 sekeliling u alls.. sampai berjumpa lg entri akan datang...


take care u alls... jangan tinggal solat tau...
salam.. :-)

Senarai Nama Peserta Majlis Khatam Al-Quran `sesi petang 2011`

gambar sekadar hiasan

 
SENARAI NAMA PESERTA MAJLIS KHATAM AL-QURAN
PELAJAR SESI PETANG
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SLIM, SLIM RIVER PERAK

BIL
NAMA
HALAMAN
LELAKI
1
Ahmad Azrul Nizar b Sahar
1 – 20
2
Mohd Fekri b Abd Rani
21 – 40
3
Muhd Aizat b Sukardi
41 – 60
4
Muhd Zahin b Shaharudin
61 – 80
5
Muhd Sharol Niizam b Arifin
81 – 100
6
Muhd Kameel Haqimie b Amrizal
101 – 120
7
Muhd Afiq b Zamri
121 – 140
8
Raimi Izuwan b Abdullah Hudi
141 – 160
9
Zainudin Abd Majid b Abd Gani
161 – 180
10
Zulfadli Hanif b Ibrahim
181 – 200
11
Nor Adli Syafiq b Norshah
201 – 220
12
Mohd Adam b Nasir
221 – 240
13
Mohd Firdaus Azri b Safri
241 – 260
14
Muhd Nurhiqman b Ahmad Zahawari
261 – 280
15
Fariz Irwan
281 – 300
PEREMPUAN
16
Amira bt Nordin
301 – 320
17
Nurul Huda bt Ahmad Zambri
321 – 340
18
Nor Afiqah bt Nor Hisyam
341 – 360
19
Nor Wahidah bt Ayob
361 – 380
20
Siti Aishah bt Mad Hanim
381 – 400
21
Farahana bt Sahar
401 – 420
22
Farah Nadhirah bt Ibrahim
421 – 440
23
Nor Shuhada Hanis bt Mohd Rosli
441 – 460
24
Nurul Nabillah bt Abd Hadi
461 – 480
25
Saadah bt Omar Maniam
481 – 500
26
Nurul Nabila bt Samil
501 – 520
27
Nor Syazwani Musfirah bt Shaik Badusha
521 – 540
28
Nurul Farisha bt Joli
541 – 560
29
Siti Nor Zulaikha bt Samuwi
561 – 580
30
Syuraya bt Zawawi
581 - 604





*Semua peserta dikehendaki menghabiskan ayat bacaan masing2 sebelum cuti akhir tahun bermula.. (18 Nov 2011).. Barakallahulakum :)

AYAT HAFAZAN PMR :-)

~ To all my beloved students, you can get your copy of AYAT HAFAZAN PMR here

~ Kepada semua anak murid kesayangan cikguct, kamu semua boleh dapatkan salinan AYAT HAFAZAN PMR kamu di sini..

Selamat Berusaha.. Moga Berjaya Dunia dan Akhirat.. :-)

Di mana kita hari ini..

Assalamualaikum semua.. pagi sabtu nan indah.. Syukur kita masih diberi peluang bernafas dan dapat meneruskan tanggungjawab kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. teringat kisah bagaimana makhluk2 Allah yg lain, Malaikat, gunung ganang, enggan menerima amanah untuk menjadi pemimpin dmuka bumi ini, tapi ada satu makhluk Allah yg menerimanya, mereka itu adalah KITA.. makhluk Allah bernama manusia siap sedia menerima beban amanah utk memakmurkan dunia ini. lihat bagaimana besar sebenarnya amanah yg terpikul atas bahu kita.. memastikan dunia sentiasa berada dalam keadaan yang sepatutnya..tidak ada kezaliman, kebuluran, penindasan, dan banyak lagi..

namun malang sekali.. hari ini kita melihat betapa ramainya makhluk Allah ini yg telah menyalahgunakan kuasa, menindas, menzalimi, penipuan, rasuah dan sebagainya, dan semua ini sebenarnya telah mengingkari tujuan sebenar manusia itu dipilih sebagai khalifah di muka bumi.. lihatlah Palestin, anak2 kecil tak berdosa menanggung derita akibat tangan2 makhluk bernama manusia ini.. kezaliman, penindasan, salah guna kuasa, pecah amanah, kronism, dan bermacam2 lagi telah menjadi penyakit dalam masyarakat kita hari ini.. Jadi apakah ubat kepada semua ini?

Tidak ada yang lain, kita perlu kembali kepada Tuhan, kembali kepada Allah dan muhasabah semula sejauh mana kita telah melaksanakan amanah Allah dengan sebaik2nya... fikir-fikirkanlah..

Friday, October 28, 2011


ape daa. aku merepek nih.. esok sabtu.. boleh rest cukup2.. jangan lupa nasi kerabu kak ayu, pasar malam tg. malim... sodappp... hehehe.. see above, my two little heroes.. dua beradik yg comell.. lalalala

Terapi minda..


mmm..dh hujung2 tahun ni, nampak gayanya anak2 murid dh x baper nk jenguk buku2 dh.. padahal bukannya lps ni nk masuk U dh.. hehe.. tahun depan naik form je.. so cikguct nk kongsi beberapa tips utk terapi minda.. nanti ye.. tunggu...

*alamak..bateri my lappy dh nk abis.. jupe lg.. :)


Monday, October 24, 2011

http://www.gemaislam.net/index.htm

esok cutii..

salam semua.. esok kami cuti..sempena deepavali.. boleh rehat2 kt rumah.. cuti dr selasa, rabu, n khamis.. selamat menyambut deepavali utk semua kwn2 yg menyambut deepavali rabu ni..

ke arah aplikasi ict secara holistik

keperluan ict dlm bidang pembelajaran sememangnya tidak dpt dinafikan..
cikgu cikgi di skolah disarankan utk mewujudkan blog masing2.. hehe.. awat ayat skema plak nih.. rasa cam buat karangan time spm dulu plak.. xpe2.. bm A1 tu.. hee.. masuk bakul angkat sendiri cikgu ni..

emm.. masih meninjau2 idea2 bernas cmne nk isi blog nih ngn bahan2 p&p.. mungkin blog2 guru2 cemerlang PI boleh membantu.. rajin2 la surfing.. tp jgn lupa tanda kertas ye cikgu.. nanti SAPS jem plak..

selamat beramal.. jom solat isya'  :)

Saturday, October 22, 2011

kau yg ku sayang..cahaya dlm hidupku..sumber kekuatan menghadapi liku2 kehidupan..

abg long..

adik iman..

suami tercinta..thanx dear 4 everything..
~aku hanya insan biasa yg punya terlalu banyak kekurangan, namun aku jua ingin mengecap bahagia dalam ruang hidup yg sementara ini~

pusing2


sambil2 surf tenet, terjumpa gambo nih.. ce tengok dgn teliti.. kalau anda nampak ia bergerak2, mungkin anda sedang d landa stress sekarang.. spt saya.. hehehe :)

Cat mom hugs baby kitten

LADAP 6...

ZZZZ.. arini ladap kat upsi..blajaq buat bloq.. ehehehe.. cikgu baru nk blajo.. ngeh3